~bObO~: October 2010

Sunday, October 3, 2010

Cikgu Tak Terlatih..






muka cun,kulit gebu, gua da tilik.. sebijik jerawat pon xde.. tapi bile bakal mak mertua tengok video lu ni cikgu shida, gua rasa bakal mak mertua lu fikir 1000 kali nak g meminang ke tak?




gua takde niat nak campur urusan cikgu sebagai pendidik negara yang kite cintai.. itu hak lu cikgu.. tapi sebagai pendidik dan totally sebagai contoh bagi pelajar2 yang lu didik sekarang dan masa hadapan lu kena tunjukkan contoh yang baik bukan contoh yang tergedik2, terkinja2, terngada2 dan terbuat orang termuak termeluat tengok!




Sorry cikgu kalau gua terkasar sket.. jangan saman gua sudah.. tak tau lu betul2 cikgu atau cikgu sandaran tak terlatih.. selamat hari Guru! cikgu shida hebat! selari dengan tema hari guru tahun 2010.. 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA' !!





nota kuku kaki cekam : Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pelajaran sila la bukak mata dan latih la Guru-Guru tak terlatih ye? gua takut gak da 5 taun bini gua apply tak dapat2 gak DPLi ngan KPLi.. asek dapat GSTT je.. nak gak tengok bini gua dapat keje tetap! mintak jauh la jadi cam cikgu shida ni! Aminn!!

Saturday, October 2, 2010

fesbuk ooOoo fesbuk.. (politik)



“Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)

lu orang bole taip ape lu orang nak kat fesbuk atau blog.. tapi bile lu orang cakap kena fikir sensitiviti dan kesan dengan apa yang kepala otak lu fikirkan dan jari lu taipkan.. lu fikir2 la sendiri!

kerana pulut santan binasa, kerana fesbut lu wat diri lu binasa!




“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada oarng-orang yang zalim ” (QS. Al-Maidah: 51)

Untuk panduan bro di atas, Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan lu dan gua bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, niscaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara.

Oleh karena itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan ummat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:

“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang2 kafir menjadi wali (teman atau pelindung)” (An Nisaa:144)





nota kuku kaki cekam : untuk bro yang menghentam mengikut sedap rasa di atas.. gua sebenar x pandai berpolitik.. tapi gua berhak untuk merasa sensitif.. gua da padam nick lu kat fesbuk supaya lu x glamor sekelip mata.. pilih la pemimpin yg betul utk masa depan cucu cicit lu! Anda buat anda dapat!!!



Related Posts with Thumbnails