~bObO~: Penternak Berjaya!!

Tuesday, September 28, 2010

Penternak Berjaya!!

Seronok rasa bile ape yang gua buat mendatangkan hasil.. hasil yang gua maksudkan bukan la wang ringgit, harta berbillion2, kereta volkwagen golf GTi, Toyota Caldina, KAWASAKI NINJA ZX-10r, tapi hasil penternakan gua berjaya selama 8 bulan setelah hampir 2 tahun gua membuat penyelidikan di makmal uma bapak gua .. tidak sia2 usaha gua selama ni!!

Bila masyarakat melayu mula sibuk dengan skim cepat kaya, main kutu sane sini, jual dadah isap dadah, jual buah dada ramas buah dada, jutawan segera Satu Titik Pewangi, Multi Level Marketing situ, Multi Level Marketing sini, sistem piramid berleluasa, bila hartawan Bio Aura syukur Alhamdulillah mengumpul kereta2 mewah, bila orang nak jadi jutawan penipu, makan duit orang, isap darah orang, Ah Long Melayu berbiak2 bunuh orang sane sini, jutawan kosmetik belambak2..macam2 jenama dari masalah muka hingga ke anu, macam2..kalau gua taip memang penuh page gua... yang pastinye semua yang gua taip kat atas melibatkan DUIT..

Dalam celah2 perebutan semua di atas gua terjumpe skim yang memang tak de kat mane2...Rahsia??? gua akan dedahkan hari ini!!



Lebih kurang 8 bulan lepas tergerak hati gua untuk membela Hamster.. sebab????..bukan sebab jiwa gua kacau, tapi gua terjebak bila tengok member gua ade bela sepasang..seronok tengok.. dan nak kuat kan lagi sebab-sebab gua, bile awek gua merangkap bini gua sekarang pon minat benda2 macam ni.. niat gua? suka2.. yang penting kasik cukup makan minum tempat tido hamster tu.. padahal gua bagi anak2 sedara gua yang jaga.. kira gua hadiahkan la kat diorang.. budak2 memang suka binatang kiut2 cam hamster ni..




Gua beli sepasang.. supaya yang betina tak kesunyian.. supaya yang jantan dapat menunjukkan kejantanan nye.. itu perkara normal.. pernah gua terpikir nak menganjakkan paradigma pada si jantan .. nak tambah hamster betina .. tapi bila gua pikir2 balik takut si jantan tak dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik.. gua lupakan je niat baik gua..

Setelah persidangan tergempar di buat, Gua dan bini gua da decided bagi nama :

Jantan : Li
Betina : Lo

kalau ikot berita yang di sampai kan dari anak2 buah gua yang da serupa doktor dan penjaga kepada Li Lo.. anak2 Li Lo ni adalah hasil kali ke 4.. sebelum2 ni semua tak sempat nak menjangkau sebesar gambar di atas.. kali ni la baru berjaya.. banyak pantang larang rupa nye.. ni gua nak bagi tips dan info sket..

Jenis Hamster : Roborovski
Saiz : sangat kiut... paling besar yg gua ternak sekarang ni 5 - 6cm je..
Membiak : 2 - 3minggu.
Saiz anak semasa beranak : sebesar sebijik kacang tanah.
Jumlah Anak : 5 - 8 ekor sekali beranak.
Makanan : macam2.. paling minat Beef Stick, kuaci..
Harga Sekor : RM 10 ke RM 18 ..bergantung pada kedai..



Tips : kalau beranak kena letak yang jantan berasingan, serpih2 kayu jangan buang, jangan basuh tempat beranak nanti yang betina tak kenal anak.. kompom haruan makan anak, basuh lepas anak da nampak bulu, telinga.. paling ok pon 1 bulan atau 3 minggu..

Nota Kuku Kaki Cekam : Skim yang gua dapat sekurang-kurang nye Li Lo dan anak2nye doakan gua selamat pergi dan balik kerja, sehat tubuh badan.. bukan gua tak ikhlas membela.. tapi sekadar berdoa untuk gua .. semua ciptaan Allah S.W.T kat muka bumi ni bertasbih setiap waktu dan ketika.. WALLAHUALAM..

3 org tertinggal tapak kaki:

Qastalani® said...

comel nye! tp cepat beranak kan?

Hit me~

Nazz@Purple said...

comel tuu

bobo said...

miss Q - a ah.. sgt comel.. huhu.. kalau xnk cpt branak bole kasik pil perancang..hehe

nazz - kalau pegang sgt lembut badan nye

Related Posts with Thumbnails