~bObO~: Habbatus Sauda ( Jintan Hitam ) cegah H1N1 !!

Thursday, August 13, 2009

Habbatus Sauda ( Jintan Hitam ) cegah H1N1 !!



Assalamualaikum Wbt..
Arini gua nak updated pasal cite H1N1..masuk arini 14 Ogos 2009 dah seramai 51 orang di negara kita Malaysia mati akibat jangkitan selesema babi ataupon di kenali dengan nama saintifik nye influenza A ( H1N1 )...

Dengan Negara kita mcm2 skrg ni dengan hal politik nye yg x abis2 dari gua darjah 1 lagi..sampai la umo gua dah nk cecah 30 an ni...sebenarnye secara terang2 gua cakap gua x bape pandai hal2 politik ni..tu pasal la gua x pandai nk menipu..hehe.. ;p lagipon bapak ade bagitau gua yang gua x menunjukkan minat gua dlm politik sejak umo gua 7 tahun lagi..sampai la skrg ni..huhu..tu pasal la gua bengap pasal politik Negara kita smpi skrg..hehehe...

Arini 14 Ogos 2009, gua ade baca paper Utusan Malaysia... kat muka depan ade artikel yang mengatakan ' Jintan Hitam Cegah H1N1 ' ... yang menjadikan semangat gua berkobar2 utk msukkan cite ni dlm blog gua ni sbb dah 2 tahun gua amal kan makan ' Habbatus Sauda ' ni.. mmg ade rs perubahan la lepas gua amal kan tumbuhan ni..

Gua bukan makan yg campuran nye..yang ade kt pasaran skrg ni...campur ngan tongkat ali la, misai kucing la, ngan kopi la...mcm2.. jgn depa dok campuq ngan misai babon da le...wakakakakakaakkkakka! gua makan yg pure nye...asli lg bermutu..

Gua start mkn bile dpt suggestion dr gua nye facilitator, ms tu gua ade course utk tmpt keje gua.. cadangan tu datang bile gua bgtau yg gua ni mempunyai simtom2 penyakit GOUT...bkn GOAT..tu da lain..penyakit kambing gurun tak mandi 5 taun..wakakakakakakaka..mau berkerak daki kt badan gua!

Gout tu penyakit yg tangkap sendi2...gua pon x pandai sgt..korang search je kt tenet ape maksud Gout..x ble mkn seafood, ikan bilis, daging lembu... lepas gua amal kan mkn ' Habbatus Sauda ' ni gua rs segar sket badan...mungkin kena ngan sistem badan gua kot...ade org mkn xde rs pe..ntah?

Lupa kan pasal gua...skrg ni nk cite pasal H1N1.. ni gua taip kan petikan dari paper Utusan Malaysia : -

JINTAN HITAN CEGAH H1N1
SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A ( H1N1 ).
Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.
Akhbar Al-Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.
Minuman tersebut turut di edarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. - AGENSI

Kita hanya merancang dan mencuba untuk mencegah.. Allah S.W.T yg menentukan ... gua ade gak perasan yg kebanyakan yg kena jangkitan kuman ni semua orang melayu.. so sama2 la kita fikirkan sendiri..

kat sini gua ade amek sedikit artikel pasal ' Habbatus Sauda ' ni.. sama2 kita share info ni..

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya pada jintan hitam (Habbatus Saudah) itu terdapat obat untuk segala macam penyakit kecuali kematian.

Maksud Hadith:
“tetaplah kamu dengan Habbatus sauda kerana padanya terdapat penawar (ubat) bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Riwayat Bukhari dan Muslim.

HABBATUS SAUDA ialah sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Mempunyai batang yang tinggi kurang setengah hasta. Mengeluarkan bunga berwarna biru, terdapat di dalamnya biji HABBATUS SAUDA. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun. HABBATUS SAUDA yang di pasarkan ini di hasilkan daripada bijirin hitam yang bermutu tinggi dan terpilih, di rumus khas mengikut ukuran dos yang telah di tetapkan. mudah di ambil sebagai makanan dan minuman.

MENURUT ILMUAN ISLAM
Ibnu Sina didalam bukunya Canon or Medicine menyatakan HABBATUS SAUDA merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HABBATUS SAUDA berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
KAJIAN SAINTIFIK ANTARABANGSA
Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati ianya merupakan sejenis antibiotic semulajadi cepat memberi kesan dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.Antara bahan-bahan kandungan HABBATUS SAUDA ialah fixed oil (saturated and unsaturated), minyak asas (strol, thymohydroquinone, carvone, ctmene)
Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli. Ia boleh memainkan peranan penting dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang di sebabkan kekurangan imun dalam badan.
Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.
Ia Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus dan mengurangkan sesak nafas.
Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.
Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).
Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sawda.
Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria
Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.
Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan ekzema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.

Dr Schleicher dalam kajiannya di Jerman menerangkan bahawa bahan-bahan dalam HABBATUS SAUDA seperti linoleic acid menstabilkan sel membrane dan prostaglandin mempunyai kesan mengawal inflammasi iaitu tindak balas immune sistem yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah-masalah seperti jerawat, asthma, hay fever dan kemungkinan kanser.
Satu lagi kajian (pilot study) telah di buat di Charite University Hospital Berlin ke atas 152 pesakit. Di bawah seliaan Prof Dr Holger Kiesewetter 2 kapsul sauda di beri 3 kali sehari.Pesakit-pesakitnya menderita sakit allergic rhinitis, bronchial asthma, ectopic eczema. Dr Holger membuat kesimpulan bahawa sauda dapat memberi rawatan efektif kepada penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh alahan.
( Artikel di petik dari www.sawda.com )


4 org tertinggal tapak kaki:

Anonymous said...

ALLAH DAN RASUL DAH BAGI MACAM2 UBAT, KITA IKUT AJE. NI HOSPITAL SIBUK NAK TUNGGU SUPPLY DARI ORG KAFIR DAN YAHUDI UBAT2 DADAH. DADAH NI SEBENARNYA TAKDE PUN DALAM SEJARAH ILMUAN ISLAM SBG UBAT UTK SEMBUHKAN PENYAKIT. DARI SEORG GURU/MURSYID YG TERSANGAT ALIMNYA MENGATAKAN UBAT DADAH INI DIMASUKKAN SIHIR OLEH YAHUDI DAN KESANNYA CEPAT SEBAB TUJUANNYA YAHUDI TAK NAK KITA RASA "BERHARAP" RASA "HAMBA" DGN ALLAH. KITA AKAN RASA UBATLAH YG MENYEMBUHKAN. SELAIN ITU UBAT DADAH INI ADA SIDE EFFECT YG TAK BAIK...

bobo said...

btul bro...gua sokong!tp ubat atau baksin ataupon tumbuh2an kt bumi kita sume datang dari Allah S.W.T.. Alhamdulillah kita sume still bole menikmati nikmat dunia yg sementara..

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
selamat menjalankan ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.

faizal said...

Memang bagus Habbatus Sauda ni. Orang tua saya juga mengamalkan Habbatus Sauda, kencing manis dan darah tinggi dah semakin berkurang, puasa yang lepas ni dia dah tak penat2 lagi. Amalkan perubatan Islam / perubatan herba / ubatan alami. Boikot Yahudi.

Related Posts with Thumbnails